Belasungkawa Murabbi Ummah

“Innalillahiwainnailaihirajiun”

Perginya seorang Murabbi Ummah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015. Beliau pemimpin dan pejuang Islam, guru yang paling dikagumi rakyat. Menyambut seruan Ilahi di kala usianya mencapai 84 tahun (1931-2015). Sebutir permata yang begitu tinggi nilainya, yang belum tentu berganti kini telah pulang menghadap Pencipta.

Menurut sumber, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dirumah pada pukul 9.45 malam. Tarikh 12 Februari 2015, malam Jumaat, pada hari yang penuh keberkatan. Sayu dan pilu menyelubungi diseluruh tanah air. Bukan selalu untuk mengenali seorang ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz. Alangkah beruntungnya bagi yang pernah berjumpa secara berdepan. Beruntung juga yang pernah mengenali peribadi beliau.

Tarikh ini merupakan tarikh yang sama dengan pemergian pejuang Islam terkenal, Hassan al-Bana. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan kekasihNya. Tiba masanya Tok Guru tersayang untuk berehat daripada tugas-tugas di dunia, semoga aman dan dicucuri rahmat oleh Allah. Kesihatan beliau semakin merosot setelah beberapa hari sebelum itu mendapatkan rawatan di hospital. Kemudian beliau dibawa pulang lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya yang terletak di Pulau Melaka.

Siang tadi, lebih kurang 12 tengah hari pengulas sukan terulung tanah air Datuk Hasbullah Awang juga terlebih dahulu menghadap Ilahi. Satu-satunya pengulas sukan yang memberikan ulasan perlawanan bola dan sukan-sukan lain dengan cara yang tersendiri. Allahyarham menghidap penyakit jantung. Semoga kedua-dua insan ini ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

“Ya Allah berikan keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunilah dia”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s