Perkhabaran Duka II

​Seperti baru kelmarin, dua orang saudara telah pulang ke rahmatullah. Nada dering telelon berbunyi pada malam itu. Emak menghantar mesej memberitahu Toksu Zaharah meninggal dunia di rumahnya Felda Chempelak.

Allahyarhamah menghidap kanser perut tahap 4. Kalau tidak salah aku, sejak dua tahun yang lalu penyakit itu dikesan. Sebelum itu, Toksu mengalami komplikasi jangkitan kuman di bahagian hempedu. Namun beransur pulih selepas menjalani pembedahan. Aku masih ingat ketika penghujung bulan puasa tahun 2014, Toksu baru beberapa minggu keluar dari hospital. Aku, Angah dan Pokteh menziarahnya, dan kali kedua pada hari raya. 

Tidak beberapa lama selepas Toksu sembuh dari masalah hempedunya, kemudian disahkan menghidap kanser. Bermula detik itu, Toksu berulang alik ke hospital secara kerap untuk menjalani rawatan kemoterapi di Muar. Berkenaan rawatan tersebut terdapat persoalan juga, memandangkan usia Toksu yang berumur 70 lebih, kemoterapi bukanlah satu pilihan yang terbaik. Tetapi, apakan daya, itulah satu-satunya ikhtiar yang perlu dilakukan.

Berdasarkan pengetahuan aku yang sedikit, kemoterapi ini meletihkan badan dan mempunyai kesan sampingan seperti keguguran rambut dan hilang selera makan. Aku sekadar tumpang simpati dengan keadaan Toksu. Entah bagaimana agaknya kesakitan yang ditanggung. Sedangkan orang muda belum tentu tertahan menghadapi kesan dari rawatan tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Seingat aku pada awal tahun ini, itulah kali terakhir Toksu datang ke rumah atuk selepas pulang dari hospital. Toksu dipapah oleh anaknya untuk berjalan. Fizikalnya semakin kurus, Toksu hanya mampu mengadu kelaparan sedangkan perut tidak menerima sebarang makanan. Jika dipaksa untuk makan akan berakhir dengan memuntahkan semula. Setiap hari hanya meminum susu sebagai pengganti makanan.

Kedatangan Toksu pada hari itu, niatnya ingin berjumpa dengan atuk selaku abangnya serta bertemu sanak saudara buat kali yang terakhir. Aku sendiri berada di situ, diam dan mendengarkan setiap butir bicaranya yang disulami linangan air mata. Toksu memohon maaf dan minta dihalalkan setiap apa yang diterimanya kepada semua. Pertemuan itu berlangsung dalam keadaan yang amat mengharukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s