Majlis Perkahwinan Sepupu

27 Mei – Baru tiga minggu aku ditimpa kemalangan dan menjalani pemulihan di rumah. Kaki masih berbalut dengan simen.

Pergerakan pula terhad di dalam rumah. Walau pun kata seorang kawan yang merupakan jurupulih fisioterapi, dia menyuruh aku berjalan keluar mendapatkan cahaya matahari pagi dan udara segar. Cuma simen yang dipakai agak melecehkan pergerakan.

29 haribulan merupakan hari perkahwinan sepupu aku. Dua hari sebelum itu, seluruh keluarga pulang ke kampung untuk membantu dalam persiapan majlis. Ketika sampai, hanya Pokteh dan Atuk sahaja yang ada. Aku yang tidak dapat berbuat apa-apa hanya melepak di dalam bilik Pokteh di dapur. Tidak beberapa lama kemudian, Maksu Zana pun sampai. Sekali lagi, aku ditemuramah tentang kemalangan yang terjadi kelmarin.

28 Mei – Keesokannya, aku hanya menonton tv sepanjang hari. Di luar, beberapa orang kakitangan dari perkhidmatan sewa kanopi sedang sibuk memasang khemah untuk majlis perkahwinan. Poksu tiba dari JB dalam pukul 9 malam. Malam itu, aktiviti aku bermain pro evolution soccer 2016 hingga ke pagi bertarung dengan Poksu.

29 Mei – Hari Ahad, bermulalah aturcara majlis sekitar pukul 11 pagi. Orang ramai mula memenuhi perkarangan rumah Pak Ngah. Dalam keadaan begini, aku tidak rasa mahu berjumpa dengan sesiapa. Ketika di luar bising dengan karaoke, aku pula selesa dengan siri perlawanan di dalam master league PES2016.

Kemudian, ramai saudara-mara menjenguk aku untuk bertanya khabar. Pak Long pula membawakan lauk dan nasi minyak. Saudara-mara yang lain, semua telah pergi ke sana untuk membantu majlis. Pukul 5 petang barulah majlis bersurai.

Sebenarnya, tiada apa yang hendak diceritakan pun. Aku tidak peduli dengan majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Tentang rumah tangga Pak Ngah yang sedang mengalami krisis, banyak cakap-cakap yang aku dengar. Aku sendiri tidak faham tentang isterinya mampu untuk berlagak seperti tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Mujurlah Pak Ngah kelihatan tenang.

Aku berkesempatan berjumpa dengan Pak Ngah Sham. Lama juga tidak lepak memancing bersama. Lima tahun lepas dia tinggal di sini kerana menukar angin. Lagi pula, harga sekilo komoditi getah mahal pada waktu itu (2010). Menoreh di kebun milik keluarganya iaitu nenek saudara aku yang menetap di Felda Chempelak. Turut sama juga mengusahakan kebun atuk.

Pokde pula menghadapi masalah mata. Dia disahkan mengalami strok mata, di mana terdapat darah beku berdekatan saraf mata. Pak Ngah Bidin dan Pokde Norman, bapa saudara sebelah abah turut menjenguk. Mereka dengan keluarga emak juga bukan orang lain.

30 Mei – Keberadaan aku di kampung selama seminggu kerana musim cuti sekolah. Sehari selepas majlis itu berlangsung barulah aku bertemu dengan sepupu yang bersanding pada semalamnya. Bersembang santai sambil menonton filem. Tentang isterinya, kelihatan sedikit segan dan aku tidak pernah berbual dengannya. Kemudian, petang itu dia balik ke rumah neneknya di Melaka.

31 Mei – Hari Selasa, Poksu pula balik ke JB. Nampaknya aku tidak ada seteru untuk berlawan bola. Ramai juga sepupu yang tidak dapat balik sempena majlis rumah Pak Ngah. Yang ada anak Pokde, Pak Andak, Maksu, dan keluarga aku. Aktiviti aku makan tidur dan hadap ps3 seorang diri. Tiba-tiba, Jumaat malam itu Angah sampai dari Rawang.

4 Jun – Hari Sabtu, aku balik Labis dan sambung mereput di rumah emak dan abah. Kadang aku terfikir, macam aku bukan anak yang sulung kerana Angah lebih banyak memainkan peranan di dalam keluarga. Dia menghantarkan aku balik pada petang Sabtu. Sementara itu, Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s