Bagaimana Aku Cuba Untuk Menulis

Penubuhan blog ini dah lama iaitu pada suku akhir tahun 2014. Dan aku mewujudkannya tanpa sebarang tujuan. Ketika itu, aku sedang menghadapi konflik terhadap diri sendiri, kerana bercelaru dengan pelbagai masalah peribadi. Kononnya, aku ingin melepaskan beban fikiran dan meluahkan perasaan. Tapi tak menjadi. Setiap kali aku cuba menulis sesuatu, tak terluah dengan perkataan. Tidak semudah berkata-kata di dalam hati dan berfikir. Akhirnya blog ini terbiar sepi.

Dulu, aku jarang dapat mengakses internet. Aku perlu ke kafe siber di bandar. Ketika musim ramai orang membuat akaun MySpace, aku tidak menyertai mereka. Kawan-kawan, begitu teruja menghiasi MySpace masing-masing. Manakala aku leka dengan permainan komputer. Friendster juga aku tidak pernah merasa. Ketika itu tahun 2005. Aku tingkatan 3. Mawi sedang mencipta populariti sebagai peserta Akademi Fantasia. Salah seorang kawan yang merupakan peminat tegar menggunakan laman sosial untuk mengikuti perkembangan Mawi. Aku langsung tidak peduli dengan AF, kerana di rumah tidak ada Astro.

Aku tertarik dengan internet bermula 2006. Seorang kawan mengesyorkan aku sebuah laman perkongsian video iaitu You Tube. Melaluinya aku menonton pelbagai video, yang di antara kegilaan pada waktu itu terhadap muzik video band My Chemical Romance dan System Of A Down. Aku rasa tak tahu nak buat apa dengan internet. Aku kurang minat membaca. Ada emel yahoo, selepas mendaftar emel tersebut terus dilupakan. Tamat SPM, sibuk mengisi permohonan sambung belajar. Aku membuat akaun emel baru, kekal sehingga hari ini.

Aku ada mendapat tawaran belajar dari pusat kemahiran. Tapi tak pergi kerana aku memilih tingkatan 6. Tamat STPM pada tahun 2009, aku memohon sambung belajar, semuanya secara online. Dan aku aktif memeriksa emel yahoo. Pada masa yang sama, Facebook mula menjadi fenomena di kalangan rakan. Aku pun membuat akaun facebook pada tahun 2010. Aku bukan peminat aktiviti laman sosial. Status aku di FB boleh dibilang dengan jari. Kemudian aku menyepi dan menjadi pembaca senyap status orang lain dan page tertentu.

Sewaktu zaman belajar, aku mendapat kemudahan internet yang meluas kerana mempunyai wifi di rumah sewa. Aku meneroka dunia internet, orang kata kalau nak tahu apa-apa boleh google. Sedikit demi sedikit, aku mengetahui pelbagai info dari pembacaan bahan-bahan dalam internet. Di situlah tercetusnya minat membaca. Selain itu memuat turun pelbagai movie, anime dan lagu. Blog pertama yang disyorkan kepada aku oleh seorang saudara adalah Blog Serius. Boleh dikatakan wajib aku membaca di blog tersebut.

Sekiranya dihitungkan bookmark bagi blog dan website yang aku pernah lawati, boleh mencecah berpuluh. Membaca menjadi seronok kerana pelbagai jenis maklumat boleh ditemui. Dunia blogger agak meriah ketika itu, sampaikan ada kawan yang membuat blog peribadi. Aku juga terkena tempiasnya dan mula mencipta sebuah blog dari platform blogger. Sekadar hendak mencuba. Tapi semuanya hangat-hangat tahi ayam. Aku cuba belajar tentang blogging. Tapi, sedikit putus asa apabila berhadapan HTML dan tidak pandai mengaturcara blog. Aku fikir semudah MySpace, walau pun aku tidak pernah ada akaun MySpace.

Blog aku tidak menarik dan hanya ada fungsi asas sahaja. Tidak ada widget, atau template bergaya. Apa yang ada hanyalah tulisan. Kandungan yang ada kurang dari 40 entri. Aku menyedari bakat menulis aku agak tumpul. Memang tak sedap dibaca. Masalah kekeringan idea juga menjadi punca. Catatan yang ditulis lebih berkisarkan hal peribadi. Akhirnya blog yang aku wujudkan pada Disember 2013 itu, mati perlahan-lahan dan dilupakan. Aku mungkin terus menulis kalau pun blog tidak menarik, jika aku punya bakat dan seni menulis. Bagi aku yang penting adalah isi.

Aku masih ingat entri terawal yang aku karangkan di waktu itu. Catatan pada 5 Disember 2013. Tentang pemergian seorang sahabat yang menghadap ilahi pada beberapa hari sebelumnya. Permulaan yang menghibakan untuk menulis di blog. Semoga Allahyarham Hanif Husna tenang berada di alam barzakh. Sampai sekarang, pemergiannya masih terasa. Dia telah menulis blog sejak tingkatan 6. Ulasan tentang isu semasa dan catatan peribadi.

Sewaktu tingkatan 6, dia mempelawa aku untuk membaca tulisan blognya. Aku tak baca sangat, sebab ditulis dalam bahasa inggeris. Ujian MUETnya dapat band 5 kalau tidak salah. Kemudian dia mengambil ijazah sarjana muda TESL. Bagaimana mungkin aku tidak terkesan dengan pemergiannya? Kerana dia duduk di sebelah aku di dalam kelas. Aku sangat mengenali sikapnya yang begitu budiman. Kadang kala apabila dia pulang dari bandar, pastinya dia mengunjungi rumah aku. Dia juga banyak membaca, dan menjual buku-buku secara sambilan semasa belum menerima tawaran pengajian.

Boleh dikatakan dia menjadi penyebab untuk aku menulis. Sayangnya, aku tidak konsisten untuk menjadikan aktiviti menulis sebagai hobi atau meningkat kepada maqam yang lebih tinggi sebagai seorang penulis berwawasan (walau pun aku tidak terfikir sehingga ke arah itu). Tidak banyak perkara yang aku lakukan dengan bersungguh-sungguh. Baik menulis, melukis, belajar, membaca dan bermacam-lagi lagi perkara yang aku minat. Nampaknya diri sendiri seperti agak menyedihkan. Tanpa kesungguhan yang tinggi, usaha yang keras, kegigihan dan segala sifat pejuang lainnya, bagaimana hendak mencapai kejayaan?


Hujan Gerimis,

Yang cuba untuk menulis dari hati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s