Perpustakaan Mini

Di rumah, aku telah lama menyedari akan kurangnya bahan bacaan. Aku masih ingat suasana sedari kecil dahulu, yang semestinya ada di rumah adalah kitab suci Al-Quran. Malah, bapa pernah membelikan kitab tersebut seorang satu kepada semua adik beradik aku. Selain itu, terdapat beberapa buku surah Yasin yang bersaiz poket. Terdapat juga beberapa judul kitab rujukan agama yang tersusun di rak atau tersimpan di dalam laci.

Setiap hari pasti akan ada surat khabar di rumah. Sehinggakan terdapat banyak timbunan surat khabar lama. Sama ada diguna untuk membuat alas meja atau pun pencetus bahan api untuk membakar sampah. Selebihnya dijual kepada peraih surat khabar lama. Selain itu, terdapat banyak majalah wanita dan keluarga majalah Mastika, majalah hiburan seperti URTV, Hai, dan Mangga. Semuanya aku pernah baca.

Ketika aku mula bersekolah, terdapat banyak buku teks pinjaman, kitab agama dan buku latihan. Kemudian, dengan menggunakan duit kocek sendiri aku membeli komik dan majalah kartun. Seperti Anak-Anak Sidek, Ujang, Apo, Gempak dan beberapa buah Manga. Jika di rumah atuk, aku menumpang baca koleksi Doraemon, Mutiara Naga milik saudara mara. Sesekali, akan ada penjual buku yang datang ke sekolah. Kebanyakannya buku cerita atau fiksyen, dan aku pernah membelinya.

Aku tidak pasti adakah aku tergolong dalam kalangan yang minat membaca atau pun tidak. Apa yang pasti, dulu aku tidak berminat dengan buku yang tebal dan penuh tulisan semata-mata. Seingat aku, pernah juga aku membaca dengan penuh tekun buku sebegitu iaitu novel seram Tamar Jalis. Tajuknya Bercakap Dengan Jin. Ketika itu aku masih bersekolah rendah. Buku kedua, tentang gerakan Freemason dan Iluminati yang dipinjam daripada bapa saudara. Waktu itu aku Tingkatan Tiga.

Aku rasa, tempat yang mengujakan di sekolah antaranya adalah perpustakaan. Di situ aku menjumpai pelbagai bahan bacaan yang menarik. Semua suasana yang aku alami tersebut secara tidak langsung telah mendorong minat untuk membaca dengan lebih banyak lagi.

Kemudian, sewaktu zaman belajar aku memperoleh kemudahan akses internet melalui langganan wifi. Sejak itu, hobi aku terarah kepada melayari internet. Pelbagai pengetahuan dan informasi menarik dapat dibaca dari laman web dan pelbagai blog. Begitu juga penggunaan laman sosial.

Sehinggalah pada suatu masa aku menyedari timbulnya keinginan untuk mencari buku-buku yang menarik. Tercetusnya keinginan tersebut apabila aku menjumpai laman sosial dan blog yang membicarakan perihal buku. Sekitar tahun 2012, aku mula membeli buku. Kemudian, pada tahun 2014, aku berkempen untuk diri sendiri dengan membeli sebuah buku pada setiap bulan. Kini, aku mempunyai kira-kira 30 judul buku sama ada novel dan bacaan umum.

Suatu hari nanti, aku akan mewujudkan sebuah perpustakaan mini untuk mengharmonikan bahan bacaan di rumah agar minat dan budaya membaca dapat disuburkan. Buat masa ini aku hanya mempunyai sebuah rak kecil bagi menempatkan buku-buku tersebut. Siapa tahu akan datang bukan sahaja di rumah, malah akan diwujudkan sebuah khutub khanah untuk penduduk kampung pula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s