Denting

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku

Sedarkan diriku dari lamunan panjang

Tak terasa malam kini semakin larut

Ku masih terjaga

Sayang kau dimana aku ingin bersama

Aku butuh semua untuk tepiskan rindu

Mungkinkah kau disana merasa yang sama

Seperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini

Kita menari dalam rindu yang indah

Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku

Jika kau disini aku tenang


Melly Goeslaw

***

Jika terpaksa berpura-pura untuk melupakan seseorang di hati ini. Biarlah sikap kepura-puraan itu berterusan. Bukan kerana begitu lemah untuk menghadapi kenyataan yang telah menjadi suratan. Sepahit mana pun kenyataan yang harus diterima, tidak begitu sukar untuk ditelan dengan hipokrit.

Apa yang menyukarkan adalah untuk melupakan seseorang yang bermakna kepada nurani dan jiwa. Bagaimana mungkin semua itu dipadamkan dari ingatan melainkan ia hilang dengan tiba-tiba. Telah bertahun-tahun masa berlalu, tetapi ingatan itu tidak berganjak. Antara menerima kenyataan dan cuba untuk melupakan adalah dua perkara yang berbeza.

Sekadar memaksa hati untuk melupakan hanyalah satu tindakan pengabaian. Hakikatnya ingatan itu masih ada. Bermakna atau pun tidak bagi seseorang itu untuk dirinya, mudah untuk dipinggirkan. Tetapi tidak bererti dia telah disingkirkan dari ingatan. Seperti mana memaafkan lebih mudah, tetapi tidak semudah melupakan.

Sebenarnya, bukan ingatan yang patut dipersalahkan. Tetapi rindu. Jika sekadar bermain di ingatan, namun tidak disertai oleh rindu tidaklah membuatkan jiwa tersentuh. Maka, kerinduan terhadapnya perlu dibunuh sebelum jiwa terbunuh perlahan-lahan. Lalu, hidup tidak lagi dirasakan keindahannya dan jiwa yang lain pula disia-siakan.

Cuma, kita tidak sanggup membunuh rindu itu. Tanpa disedari, rindu terhadapnya telah menghantui hidup dan membinasakan. Sedangkan dia belum tentu merasakan perasaan rindu yang sama. Apa yang wajar dilakukan adalah berpada-pada dengan kerinduan terhadap seseorang. Harapannya pada waktu agar nekad membunuh rindu itu.

Jika dibiarkan jiwa ini larut di dalam rindu yang tidak pasti, kelak menyebabkan banyak perkara lain sukar dicapai. Kejayaan di dalam hidup sulit diraih kerana fokus telah terganggu. Begitulah hidup ini dirugikan kerana masih terjaga di waktu malam mengenangkan dia yang telah menjadi sejarah silam, tatkala di siang hari terus bermimpi. Bermimpi di dalam realiti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s