Di Ambang Bencana Banjir

Januari 22 – Cuaca diramalkan hujan sehingga 24 Januari 2017, Selasa. Radio dan TV memberitahu, kawasan di seluruh Johor, terutamanya bahagian zon selatan menerima jumlah hujan paling banyak. Di dalam facebook juga memaparkan info yang serupa. Keadaan hujan yang berterusan begini jangkanya boleh mengakibatkan banjir berlaku.

Januari 23 – Keadaan masih sama seperti 21 haribulan, bagaikan ada paip pecah di atas langit atau seseorang terlupa menutup pili. Menerusi facebook, aku mengetahui keadaan semasa seluruh bandar Segamat. Grup yang aktif memberikan info mengenai hujan yang sedang berlangsung, termasuk paras air sungai, dan mangsa banjir.

Januari 24 – Pagi yang gelap, masih tidak terang (diubah dari “kini sudah terang”, oleh Band Hujan). Hujan sangat lebat. Pada sebelah petang hanya gerimis. Aku ke rumah nenek di Kg. Kuing Patah. Air sungai Muar-Buluh Kasap telah menghampiri tebing. Sampai di sana, aku mengambil lembu di padang ragut belakang rumah dan di sekitar kebun kelapa sawit hadapan rumah. Lembu kepunyaan nenek sebanyak 8 ekor. Kawasan kebun sawit milik seorang India ada yang telah ditelenggami air. Aku bermalam di rumah nenek sebelah bapa.

Menerusi facebook, group Segamat melaporkan bandar sudah ditelenggami air berdekatan dengan Pasaraya Giant dan lokasi banjir berhadapan dengan Restoran Arshad. Jalan ditutup menjelang senja. Ramai pengguna jalan raya tidak dapat melalui jalan tersebut. Abah menelefon aku pada sebelah petang, katanya terkandas untuk ke rumah nenek. Ada kawan yang terperangkap untuk pulang ke Labis. Beberapa buah kampung juga mengalami banjir. Pusat pemindahan dibuka, dan seramai lebih kurang 4000 mangsa telah berpindah.

Januari 25 – Cuaca pagi itu agak baik, cuma sedikit mendung. Petang, Pak Long Iskandar datang untuk melihat kebun getah miliknya. Lebih kurang tiga bulan lepas getahnya ditanam semula. Syukurlah tak jadi banjir, katanya. Aku juga berpendapat yang sama dan berharap tidak berlaku pada kali ini. Ketua kampung berpesan, supaya membuat persediaan seperti mengemas dan menaikkan barangan di tempat tinggi. Masih terdapat kemungkinan untuk berlaku banjir. Jadi, malam itu kami berkemas sedikit demi sedikit. Bahagian dapur merupakan rumah berlantai bawah yang bukan sedikit barang. Ada tiga seksyen dapur, ruang memasak, ruang makan dan ruang tamu dapur.

Januari 26 – Hujan kembali lagi pada hari Khamis. Tidaklah selebat Sabtu lepas. Abah dengan 3 orang rakan sekerjanya datang untuk bantu menyelamat dan menaikkan barangan. Dapur, mesin basuh, kabinet, dan pelbagai perkakas dipunggah ke rumah atas, berketinggian kira-kira semeter lebih. Tugas nenek hanya menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu dari saudara mara. Dalam hati aku sempat juga mencemuh, mengapalah ramai yang rajin bertanya berbanding datang dan membantu. Punyalah ramai cucu, tapi cuma aku seorang yang berada di sini. Mujur Abah dan Pak Ngah datang.

Aku memantau sekeliling rumah untuk melihat keadaan air. Memang jelas terlihat arus air sedang masuk ke kandang lembu dan kebun getah di belakang rumah. Air banjir di kebun sawit depan rumah juga semakin hampir menuju laman. Makcik menghantar ‘whatsapp’, bercadang untuk balik pada hari esok, begitu juga Pokde dan Pakngah. Kebun getah Pak Long Iskandar, kini boleh diucapkan salam takziah. Ketika senja, air sudah mula memasuki ruang dapur tempat memasak. Seksyen dapur paling awal dimasuki air. Sekitar 12 tengah malam, banjir di dalam rumah mencecah paras buku lali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s