Banjir Pagi Jumaat

27 Januari, 2017. Abah menelefon aku pada pukul 7 pagi untuk menanyakan tentang perkembangan banjir. Sejak malam tadi, air telah pun memenuhi segenap ruang dapur. Pagi itu, kedalaman air telah mencecah pada paras lutut. Kerja menyelamatkan barang masih lagi diteruskan.

Pak Uda dan isteri tidak lama kemudian sampai di rumah atuk dengan berjalan kaki. Di pertengahan jalan kampung, ada bahagian yang telah ditelenggami air iaitu di bawah jambatan keretapi. Peningkatan paras air masih lagi sedang berlangsung. Terpaksalah Pak Uda meletakkan kereta di situ dan berjalan kaki untuk ke rumah nenek. Bimbang dengan risiko kereta tidak boleh keluar.

Semua kain dan pakaian dibungkus ke dalam plastik. Kemudian diangkut ke bahagian loteng yang berfungsi sebagai bilik stor. Mana-mana barang yang kecil dan tidak terlalu berat diletakkan di atas peran. Tilam, kusyen, bantal dan TV. Tidak semua ruang dipasangkan siling untuk dijadikan tempat meletakkan barang. Sudah bertahun dekorasinya begitu kerana bukan sekali dua menghadapi bencana banjir.

Lebih kurang pukul 10 pagi, Pak Ngah datang dengan sekumpulan remaja yang berasal dari kejiranannya di Gemas. Kedatangan yang sangat dialu-alukan. Setelah mereka selesai bersarapan, aku dan Pak Uda berehat sebentar untuk bersarapan. Kemudian menyiapkan segala keperluan untuk dibawa ke pusat pemindahan banjir, iaitu balairaya Kampung Tandong. Aku dan Pak Uda, bergerak keluar terlebih dahulu untuk menyorong motosikalnya yang rosak. Dipindahkan ke rumah atuk sebelah emak. Pak Uda menunda dari belakang dan aku menunggang motor Honda C70 yang telah lama rosak.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Selepas aku menghantar Pak Uda ke lokasi keretanya, aku terus ke balairaya. Pak Ngah dan beberapa orang remaja tadi membantu membersihkan sebuah kelas yang dijadikan tempat tinggal mangsa banjir. Dewan telah penuh dengan mangsa banjir yang telah mendaftar masuk lebih awal. Kemudian, aku pulang ke rumah atuk untuk bersiap ke masjid bersolat Jumaat. Hujan turun dengan selebat-lebatnya.

Di rumah atuk sebelah emak, Mak Cik dari Port Dickson baru sahaja sampai. Begitu juga keluarga aku. Esok merupakan hari pertunangan sepupu. Tidak lama kemudian Angah sampai dari Rawang, balik cuti kerana esok juga merupakan perayaan tahun baru cina. Pada sebelah malam, Pok Su yang menetap di JB pula sampai pada pukul 11. Aku, Angah dan Poksu melepak di dapur sambil menonton cerita John Wick lakonan Keanu Reave. Menjelang pukul 12 malam, bermulalah dentuman mercun dan bunga api.

Setiap kali tahun baru cina, apabila bermalam di rumah atuk memang dibingitkan dengan bunyi mercun. Rumah atuk yang terletak di tepi jalan, berdekatan dengan kejiranan masyarakat cina. Sudah puas melihat persembahan bunga api. Cuma pada kali ini tidaklah semeriah sepertu tahun-tahun yang lepas. Tiada bunga api yang berkembang besar seperti payung di langit. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Rumah bergelap hampir dua jam.

Selepas subuh, abah mengajak aku, Angah dan Pok Su ke kampung nenek untuk melihat keadaan banjir. Semalam tidur lewat, aku baru bercadang untuk menyambung lena dengan keletihan mengemas barang. Setelah bersarapan, kami semua terus pergi di sana. Kali ini jalan kampung sudah tenggelam. Tidak seperti semalam, hanya melibatkan bawah jambatan kereta api.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s