29, 30 & 31 Januari

29 Januari 2017

Keletihan semalam menyebabkan aku menyambung tidur selepas subuh. Kemudian bangun menjelang tengah hari. Mak dan Mak Cik menghadiri jemputan kahwin selepas Zohor di Batu Anam. Anak kepada kawan zaman sekolah mereka yang mengadakan majlis. Hari itu, kami tidak ke mana-mana melainkan menonton TV dan menghadap smartphone. Mak Long sekeluarga datang ke rumah atuk. Kaum ibu semua membuat karipap untuk jamuan minum petang nanti. Pokde dan Mokde juga turut datang.

Sesekali apabila tiba musim cuti, berkumpul ramai-ramai sesama keluarga. Pak Cik Azman sekeluarga kembali semula ke sini sama seperti semalam, membawa beberapa keli yang dipancing. Jika dicampur hasil semalam boleh dikatakan lebih 20 ekor. Pak Ngah turut datang ke mari dari rumahnya yang bersebelahan rumah atuk. Asyraf pula berbincang untuk membeli sebuah kereta. Malam itu, singgah ke rumah Mak Long pula. Pak Ngah membawa usul tentang majlis perkahwinan anak keduanya, dan berbincang tentang persediaan tertentu. Balik semula ke rumah atuk pada pukul 1 pagi. Aku, Angah dan Poksu sambung berdialog sehingga pukul 4 pagi.

Esok merupakan hari terakhir bagi percutian di rumah atuk. 30 Januari 2017. Masing-masing akan pulang ke sarang. Bermula dengan mak cik, kemudian Angah, keluarga aku, dan Poksu. Pak Cik Azman katanya akan kembali semula pada minggu depan untuk sesi mencuci dan mengemas rumah nenek. Aku ditugaskan memantau lembu-lembu pada jam 10 malam. Bimbang anak lembu yang baru lahir diserang anjing. Siang itu kecoh, terdapat bangkai anak lembu ditemui oleh orang kampung. Setelah aku ke sana, kelibat anjing pun tiada. Banjir yang melimpahi jalan kampung telah surut, kecuali di bawah jambatan kereta api.

31 Januari 2017

Petang, Abah datang semula untuk mencuci rumah bersama nenek dan moyang saudara. Aku mencuci dinding seksyen ruang makan dan dapur memasak. Di dalam rumah air telah surut ke paras betis. Kemudian membasuh halaman depan rumah. Abah membeli beberapa bungkus nasi lemak selepas pulang dari masjid. Sementara itu, Mak Su Zila memberitahu sedang dalam perjalanan ke sini daru Kluang. Emy bercuti sehingga 4 Februari. Zahir yang tua setahun dari Hafiz bergasak main air banjir sejurus tiba. Setelah mengemas apa yang patut, semua keluar dari kampung sebelum Maghrib. Kelihatannya esok sudah boleh mendaftar keluar dari balairaya.

Malam itu aku mengajak Emy dan Ikhwan lepak di kedai makan kawan aku di Segamat. Banyak perkara yang dibualkan. Rasanya lebih setahun tak jumpa. Kali terakhir sewaktu raya aidilfitri tahun 2015. Hal kemalangan aku, hal abang sepupu yang paling tua, iaitu gemulah Isa, perkahwinan anak Pak Cik Azman dan semua saudara sepupu yang lain. Semakin jarang dapat berkumpul beramai-ramai. Sopi dan Taufiq sibuk melayan dan menyiapkan pesanan pelanggan, tak sempat hendak lepak sekali. Setelah pulang dari Segamat, aku mempelawa Emy bermalam di rumah atuk aku. Bukan orang lain dengan Emy dengab atuk Mat, memang ada pertalian saudara juga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s