1990: Pelbagai Kisah Klasik

Segelas teh suam yang dituangkan dari termos, hanya diminum separuh. Menyesal rasanya. Tekstur dan aroma teh tersebut sudah kutahu dibuat lebih 10 jam tadi kira-kira pukul 2 petang. Tambahan pula dibuat oleh orang lain. Sedangkan di rumah atuk, kepakaran membuat teh dimiliki oleh Pokteh. Sesuai dengan nama gelarannya. Kelmarin, aku mengalami keracunan kerana terminum teh yang telah semalaman di dalam termos. Berpeluh dan bergulung dibuatnya disebabkan sakit perut yang ekstrim, sehingga muntah-muntah.

Bukan tentang minum teh yang menjadi tajuk cerita. Sehinggakan aktiviti minum teh di restoran atau warung telah diringkaskan sebagai mengeteh. Pengisian dalam aktiviti mengeteh kebiasaannya untuk mengiringi pelbagai topik perbualan. Itu pun tengok juga berbual dengan siapa. Jika dengan orang lama atau warga emas, aku cenderung untuk menyelongkar kisah dulu-dulu. Mereka seperti muzium yang hidup. Misalnya nenek, beliau suka bercerita tentang hidup dizamannya dahulu. Terlalu banyak siri cerita yang disampaikan, sejak aku kecil hingga sekarang. Namun telah mengabur dari ingatan.

Dulu, Pakngah yang berkahwin awal, pada tahun 1984, di usia 24 tahun. Abah selaku yang sulung menyusul kemudian, iaitu sekitar pertengahan tahun 1989. Oktober tahun yang sama, abang kedua kepada emak pula berkahwin. Kiranya era 80-an dan 90-an merupakan musim ibu bapa saudara aku melangsungkan pernikahan. Datuk dan nenek sibuk hendak menyambut menantu dan menimang cucu pada waktu tersebut.

Ramai saudara mara yang sebaya umur, dua orang sepupu dan tiga orang dua pupu. Manakala kalau diteroka lebih jauh, ramai rakan sebaya di sekolah yang berkait saudara atau bau-bau bacang. Kesimpulannya terlalu ramai saudara-mara bertebaran di daerah tempat membesar. Pertalian saudara di dalam keluarga terlalu berbelit dan memeningkan jika dikaji kerana sangat ramai.

Menurut emak, nama aku dikurniakan oleh nenek (sebelah bapa). Hanya aku seorang. Adik beradik sendiri dan sepupu yang lain diberi nama oleh ibu bapa mereka. Dari dulu lagi aku sering tertanya-tanya, mengapa nama aku lain dari adik beradik. Tapi, mempunyai persamaan dengan pangkal nama adik beradik Abah. Seingat aku, pernah soalan ini ditanya ketika bersekolah rendah dahulu. Maka emak membuka cerita.

Tentang latar belakang dan taraf kehidupan, keluarga besar aku originalitinya memang orang kampung. Menjalani kehidupan dengan cara sederhana. Moyang, datuk dan nenek mengusahakan tanah kebun dan dusun. Keluarga yang berbudi pada tanah. Tapi tak ramai pakcik yang meneruskan karier sebagai pekebun atau menjadi anak petani moden. Beribu kali sayang, disebabkan tidak ada yang hendak menyambung tugas itu, ada kebun atau dusun yang telah dijual. Kebanyakannya penjawat awam. Ketenteraan merupakan pilihan yang popular dalam kalangan keluarga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s