Bercakap Dengan Diri Sendiri

Pernah sesekali terfikir, kalau boleh aku tidak mahu hidup lama dengan bergelumang satu masalah sama yang tidak mampu diselesaikan. Bayangkanlah hidup yang tersekat pada satu masalah yang sama! Aku menerima kenyataan memang hidup dihiasi dengan pelbagai onak duri. Cuma, kadang tertekan hanya untuk satu-satunya hal yang masih tidak berjaya dibereskan.

Aku geram dengan nasihat yang menyuruh pandang ke hadapan, dan jangan toleh ke belakang. Katanya tinggalkan sahaja apa yang telah berlaku. Apakah kau fikir perkara yang hendak ditinggalkan itu bersifat benda fizikal? Mudah dibuang dan dicampak tanpa berasa apa-apa. Kemudian kau fikir masalah sudah boleh diatasi selepas itu. Kau fikir itu jalan penyelesaiannya, tak perlu berasa kusut cuma lakukan sampai masalah selesai.

Bukan salah masa lalu, bukan juga salah depan atau yang sedang berlaku sekarang. Masalah yang sering menemui jalan buntu yang diluar kawalan aku ini yang perlu ditinggalkan. Aku tidak mampu menentukan segalanya. Aku telah merancang, adalah kau lupa siapa yang menentukan segalanya?

Aku manusia yang hidup bertuhan. Sedang nafas yang disedut ke dalam paru-paru ini bukan kau yang tentukan. Degupan jantung yang berdenyut bukan kau yang tentukan. Begitu juga masalah, bukan semua kau boleh tentukan sehingga berjaya diselesaikan. Ada yang boleh, ada yang tak boleh. Tapi kau mengatakan tiada apa yang tak boleh. Biar betul.

Aku sudah tidak betah lagi mendengar kata-kata bahawa tidak ada masalah yang tidak mampu diselesaikan. Semua dorongan supaya bersikap positif adalah kata-kata manis yang diucapkan dari mulut. Tetapi sepahit hempedu apabila diterjemahkan kepada realiti.

Hidup dengan keadaan tersekat pada masalah yang tidak menampakkan jalan keluar. Siapa yang mahu? Tetapi itu tidak bermakna aku ingin hidup tanpa ada sebarang masalah.

Aku tahu, aku faham masalah dan kehidupan itu fitrah dan adat manusia. Sememangnya tidak ada sesiapa pun yang dapat mengelak darinya. Melainkan kau sudah berada disyurga nanti. Itu pun jika kau dapat ke syurga. Kalau kau ke neraka, bermakna selamanya berada di dalam masalah.

Aku benci mendengarkan dorongan yang bersifat motivasi. Bukannya aku tidak pernah mempunyai motivasi. Itu semua hanyalah basa basi yang bersifat mengalih perhatian dari berpijak pada realiti. Realiti tidak sama seperti harapan yang diacuankan oleh kata-kata motivasi.

Bukankah lebih mudah kalau kau beritahu bahawa memang tidak ada harapan lagi untuk berjaya kali ini, mungkin kau akan berjaya melalui cara lain. Itu tidak berlaku, sebaliknya kau berpegang pada tiada apa yang mustahil. Itu sifat Tuhan, bukan sifat manusia. Memang ada perkara yang mustahil bagi manusia seperti kita.

Sesuatu yang tidak ada harapan untuk berjaya perlu ditinggalkan. Memanglah sekali pandang kelihatan seperti berputus asa. Tapi, berbaloi putus asa pada satu hal berbanding putus asa pada semua perkara. Akhirnya penyesalan yang sedikit menjadi penyesalan yang besar.

Lagi lama kau berhadapan dengan masalah tersebut, semakin berat mental yang ditanggung. Kemudian mendapat penyakit mental. Mengapa tidak mencari jalan lain untuk melakukan perancangan baru? Daripada terlalu lama memperuntukkan masa bagi hal yang sukar diselesaikan?

Jika hidup yang sementara ini hanya untuk dijalani dengan bergelumang pada satu masalah, aku berharap tidak hidup lebih lama. Namun, itu tidak bermakna aku ingin membunuh diri kerana kecewa dengan hidup begini. Tidak!

Aku katakan tadi bahawa aku cuma putus asa untuk satu perkara sahaja. Bukan putus asa pada keseluruhan hidup. Tapi orang lain tidak faham apa yang aku cuba terangkan. Daripada aku membunuh diri, lebih baik aku membunuh mereka yang tidak mahu memahami.

Sebenarnya aku ingin menjalani hidup lebih lama di dunia yang seketika ini. Dengan apa yang aku mahu percaya, bukan untuk orang lain yang ingin memaksa aku percayakan apa yang mereka percaya!

Masalah tetap ada. Kalau boleh selesai, lebih baik. Kalau tak boleh selesai sampai terlalu lama. Elok ditinggalkan dan mulakan langkah baru. Cari peluang lain yang baru. Begitu caranya untuk hidup di dunia.

Kalau orang lain tidak mampu untuk faham apa yang aku faham. Aku tidak tahu apa lagi cara lain.

Apa yang aku ingin katakan adalah, hidup ini tidak semua perkara harus diambil dengan pendekatan positif. Bersikap positif pada setiap masa, perkara, dan pemikiran tidak menjamin kejayaan setiap masa. Melainkan kau seimbangkan sikap positif dengan realiti. Realiti!!!

Masih tak faham lagi apa yang aku katakan? Aku ingin bergerak untuk permulaan baru, dan tinggalkan masalah lapuk yang tak ada harapan lagi. Kalau kau nak kata aku lari dari masalah, aku tak tahu berapa abad lagi aku harus hadapinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s