Catatan Keresahan

22 November 2016 Kemana lagi selepas ini. Adakah perlu diteruskan pada perancangan awal yang telah hambar. Atau mencari haluan baru berkali-kali sehingga ditemukan perjalanan hidup yang meyakinkan. Apa yang ketara sekarang, sepertinya ingin berada di kampung halaman. Mengusahakan sebuah cita-cita yang pernah dihasratkan bersama teman-teman. Inilah dilema yang sering membelenggu fikiran. Pada suatu keadaan, semangat […]

Mimpi Dan Perpisahan

Dia yang telah menjadi sejarah. Bagaimana untuk aku mulakan dengan kata-kata. Dia merupakan gelora ingatan yang begitu sulit untuk dilupuskan. Bertahun-tahun tidak bertemu seharusnya memudahkan ingatan ini lupa kepadanya. Suatu masa ingatan usang tersebut mengetuk-ngetuk pintu hati. Aku pun tidak faham mengapa. Mungkinkah kesunyian dari kehadiran seseorang telah membuatkan kerinduan dulu menjelma semula. Dia yang […]

Jurnal Perasaan

22 November, 2016. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang dianggap istimewa dan bermakna. Seseorang yang namanya pernah terpahat di dalam hati, sehingga melahirkan sebuah perasaan yang tidak mampu diulas dengan kata-kata. Seperti susahnya untuk menghuraikan makna cinta, begitulah susahnya untuk melupakan segala tentang dirinya. Kesukaran untuk melupakan si dia tergantung pada setinggi mana sanjungan atau […]

Menonton Lingaa

Kelmarin, menonton filem Lingaa lakonan Rajnikanth. Kisah tentang seorang pemuda bernama Lingeswaran, tetapi tidak suka dengan namanya sendiri yang sama dengan nama datuknya iaitu Raja Lingeswaran. Sebab, datuknya yang kaya raya dan berketurunan raja tak mewariskan kekayaan kepada keluarganya. Malah, dia yang tidak begitu mengenali peribadi datuknya sekadar mendengar spekulasi dari orang lain. Jadi, dia […]

Ketibaan Ramadan

Beberapa hari lagi Ramadan bakal menjengah. Kedatangannya begitu dinantikan, pemergiannya begitu dirindukan dan ditangisi. Harapnya Ramadan kali ini lebih memberikan makna terhadap diri agar melaksanakan tugas sebenar selaku seorang hamba kepada Tuhan. Setiap tahun selain daripada menjalani ibadah puasa, jauh di sudut hati yang terpendam terdapat satu rasa yang tak dapat digambarkan. Tentang keperluan untuk […]

Bukan Cari Penyakit

Pada pertengahan bulan Januari, aku keracunan makanan. Ini kali kedua aku mengalami sakit perut yang kronik, seperti tahun lepas pada bulan puasa. Tak pernah seumur hidup mendapat kesakitan di dalam perut yang begitu dahsyat. Seluruh badan berpeluh deras, kejang di bahagian perut campur pedih dan bisa, tak mampu untuk berbaring lurus dan berfikir apa-apa untuk […]

Tak Dapat Tidur

Lolongan anjing, bunyi kenderaan dan suara percakapan dari entah siapa tidak henti-henti mengganggu. Setiap hari dan setiap malam. Inilah keadaannya apabila menetap di sebuah rumah yang berdekatan jalan raya. Dekat pula dengan kedai makan, stesen minyak atau jiran yang tidak reti bahasa. Ketenangan kerap kali dicuri. Itu belum lagi malam minggu, banyak pelesit jalanraya membuat […]