Bercakap Dengan Diri Sendiri

Pernah sesekali terfikir, kalau boleh aku tidak mahu hidup lama dengan bergelumang satu masalah sama yang tidak mampu diselesaikan. Bayangkanlah hidup yang tersekat pada satu masalah yang sama! Aku menerima kenyataan memang hidup dihiasi dengan pelbagai onak duri. Cuma, kadang tertekan hanya untuk satu-satunya hal yang masih tidak berjaya dibereskan. Aku geram dengan nasihat yang […]

Pembicaraan

Aku sudah melakukan apa yang perlu. Cuma masanya belum tiba untuk aku melangsaikan suatu perkara dengan jaya. Hal yang sedang menjerut di benak fikiran aku kalau boleh tidak mahu disebut lagi. Hanya menambahkan keserabutan, sakit hati, marah dan stres. Aku kembali memulakan langkah dengan semangat baru dan cuba berpegang pada nilai-nilai positif. Ternyata itu semua […]

Kemarahan

Aku berasa hairan dengan perasaan sendiri tentang amarah. Nafsu jahat yang perlu ditundukkan sehabis mungkin. Salahkah jika aku mempunyai perasaan marah? Kerana aku manusia. Tetapi, kesilapan sebenar bukan kerana mempunyai rasa marah. Sebaliknya marah yang tidak terkawal, tidak bertempat, beremosi yang membuak dan melampau-lampau sehingga kehilangan rasional. Bila diimbas memori lama, seperti hampir kepada puncanya. […]

Profesyen Atuk

Zaman atuk tidak secerah peluang yang diperolehi generasi hari ini. Waktu itu tanah air belum dikenali sebagai Malaysia, malah ditadbir oleh orang Inggeris. Apalah peluang yang ada untuk membina kerjaya yang bagus. Sekadar punya minat untuk belajar, peluang pendidikan tidak terbuka luas. Orang melayu kebanyakannya masih mundur. Tidak terkecuali dengan kehidupan dan nasib yang ditempuh […]

Rumah Pusaka

Rumah yang atuk diami sekarang, itulah rumah tempatnya membesar. Dibina oleh kontraktor cina pada tahun 1938 yang berkonsepkan binaan melayu tradisional. Menurut fakta yang aku peroleh, reka bentuk rumah tersebut mempunyai ciri-ciri rumah limas. Bumbung tidaklah begitu tinggi. Apa yang aku masih ingat, dihujung bumbung terdapat kayu berukir seolah-olah batu nisan yang disebut sebagai tunjuk […]

Kenangan Atuk

Datuk dan nenek bagi keluarga emak dan abah, masing-masing mempunyai cerita mereka sewaktu kecil dahulu. Seperti zaman pra kemerdekaan, juga ada kenangannya. Ini mengingatkan aku ketika masih bersekolah rendah dahulu. Atuk selalu bercerita kepada aku dan saudara sepupu. Atuk sebelah emak, lahir pada tahun 1932 dan sempatlah melalui fasa di mana Jepun masuk ke Malaya. […]

Tentang Sebuah Pekan

Ibu bapa aku berasal dari daerah yang sama, iaitu Pekan Buluh Kasap. Sebuah pekan yang tidaklah begitu menakjubkan untuk didiami. Keadaannya boleh dikatakan seperti pekan koboi kalau hendak diandaikan. Hampir serupa dengan pekan kecil dalam sebuah filem bertajuk Magnificent Seven. Bukanlah seperti keadaan hari ini, tapi aku maksudkan pada waktu dulu. Banyak rumah kampung atau […]